Sunday, July 15, 2012

Ukhuwah PMRAM Cawangan Zon C Terbukti Di Taakhi Games '12



Kaherah, 14 Julai - Sebuah program yang dinamakan Taakhi Games ‘12 telah diadakan buat julung- julung kalinya.kejohanan ini yang melibatkan taakhi PMRAM cawangan zon C iaitu PMRAM cawangan Perak, Johor, Perlis, Zagazig dan Damanhur. Program  ini sekaligus telah menjayakan salah satu daripada tiga usul muktamar PMRAM yang lepas iaitu memperkasakan slogan “Kita PMRAM”.

Thursday, February 9, 2012

SUKEZ DPMZ, MEREALISASIKAN UKHUWAH DALAM BERIADAH.



ZAGAZIG, 8 FEBRUARI- Bersempena cuti musim dingin ini pihak DPMZ di bawah Unit Kebudayaan, Kesenian & Sukan telah menganjurkan Sukan Keluarga Zagazig (SUKEZ) dengan bertemakan "Riang Ria Dihari Keluarga". Program Riadah santai ini telahpun bermula sejak 8 februari dan akan tamat pada 11 februari ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, seluruh ahli akan dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing sepertimana yang telah disusun oleh pihak penganjur. 

Bagi peringkat Ikhwah, penganjur telah membahagikan kepada 4 kumpulan iaitu, biru, merah, hijau dan kuning. Manakala bagi peringkat Akhwat pula, mereka juga dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu, merah, biru, pink dan juga kuning.

Walaubagimanapun sukan untuk peringkat akhawat telah bermula pada 8 februari dan tamat pada hari yang sama, berlainan dengan peringkat ikhwah, sukan akan berlangsung pada 8 dan 11 februari kerana banyak acara yang dipertandingkan.

Antara sukan yang dijalankan pada hari pertama ialah, bola tampar dan pingpong (ikhwah), manakala bagi akhwat pula acara yang dipertandingkan berbentuk sukaneka. Antaranya ialah, bawa bola pingpong mengguanakan sudu, belon air berminyak, lari 3 kaki berhalangan, telefon buruk dan kupas bawang menggunakan jari. 

Selain sukaneka, acara sukan padang juga dipertandingkan untuk akhwat iaitu futsal dan basketball. Bagi peringkat akhawat, johan keseluruhan telah diumumkan iaitu dari kumpulan biru, manakala johan bagi acara futsal pula telah dirangkul oleh kumpulan pink dan johan basketball pula dari kumpulan biru. Saudari Nurizzati Azyan bt Mohd Zaki telah berjaya merangkul gelaran peserta terbaik bagi sukez peringkat akhwat.

Sukan bagi peringkat ikwah pula dimenangi oleh rumah kuning bagi acara bola tampar manakala bagi acara pingpong pula johan dirangkul oleh kumpulan hijau. Walaubagaimanapun, johan keseluruhan belum diumumkan lagi kerana masih berbaki banyak acara termasuk sukaneka pada hari penutup nanti iaitu pada 11 februari ini.

DPMZ mengucapkan tahniah kepada rumah sukan masing-masing yang berjaya mahupun tidak kerana  pada hakikatnya semua ahli tidak kira dari kumpulan mana sekalipun telah berjaya memberikan komitmen dalam program SUKEZ kita pada tahun ini. Bukan kejuaraan sebagai motif utama kita, di sebalik kita beriadah peluang untuk kita saling mengenali dan melebarkan ukhuwah sesama kita amat luas terbuka.

Maka dengan itu, DPMZ amat berharap dengan penganjuran program santai seperti ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh ahli untuk saling berkerjasama dalam berpasukan, bersukan untuk kesihatan diri di samping kita menjadikan nilai ikhuwah sesama kita kian mantap dari yang sebelumnya.





Friday, February 3, 2012

SUKEZ '12 bakal menanti warga DPMZ...

 Sila klik image ini, untuk paparan yang lebih jelas

Assalamualaikum wbt...

Makluman kepada semua warga DPMZ yang dikasihi sekalian, InsyaAllah pihak DPMZ akan mengadakan Sukan Keluarga Zagazig 2012 (SUKEZ '12) yang saban tahun diadakan untuk memperkukuhkan lagi silaturrahim sesama Mahasiswa Malaysia yang berada di Bumi Zagazig samada Pengajian Islam mahupun Pengajian Sains Kesihatan (Perubatan dan Farmasi).

Thursday, October 20, 2011

ASEAN CUP : Semarakkan Gelombang Kuning



KAHERAH, 19 Okt - Bersempena dengan ASEAN CUP 2011 yang bakal berlangsung pada 23 Oktober, Ahad di padang bola Nadi Syabab, Tajammu' Awal, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyeru semua mahasiswa/wi untuk hadir beramai-ramai memberikan sokongan kepada 2 pasukan Harimau Malaya.

Wednesday, October 19, 2011

Ahli DPMZ Tendang Bola Untuk Somalia


Gelecek.... Syahmi berjaya melepasi kekangan Zaid.

ZAGAZIG, 21 Zulkaedah 1432/19 Oktober 2011 : Agenda Kempen Sayang Somalia (KSS) DPMZ diteruskan lagi dengan mengadakan Sukan Amal Somalia. Sebelum ini, KSS telah mengadakan majlis pelancaran pada 12 Oktober dan Jualan Makanan Warung Somalia untuk mengisi dana bagi membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi kebuluran yang teruk di Somalia. KSS dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah menganjurkan sukan futsal dan sepak takraw bermula 17 Oktober lalu supaya seluruh ahli dapat memberikan sumbangan walaupun dengan cara beriadah.

Friday, October 14, 2011

Rasai Aksi Menarik Sepak Takraw Di Salam


Rebut.... pihak lawan mesti ditewaskan.

ZAGAZIG, 15 Zulkaedah 1432/13 Oktober 2011 : Mahasiswa Zagazig meminati gaya hidup sihat dengan menjadikan pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, futsal dan bola keranjang sebagai hobi masa lapang. Sepak Takraw juga tidak ketinggalan menjadi sukan kegemaran mahasiswa kita. Sukan tradisi masyarakat Nusantara ini semakin mendapat tempat dalam kalangan mahasiswa kita yang kian bertambah populasinya. Oleh itu, sukan ini telah diadakan dengan kerap sejak sebulan yang lalu bagi memenuhi permintaan mahasiswa yang cintakan tradisi bangsa kita.

Monday, September 26, 2011