Monday, March 1, 2010

Futsal Piala Presiden 2010 : Aksi bermula.....

 Kejohanan bermula..... penyokong tagih aksi mantap dari Skuad Zagazig

Piala Presiden PMRAM 2010 telah bertukar format pertandingan daripada acara bola sepak di padang kepada acara futsal di dalam sebuah dewan sukan di Hayyu Sadis iaitu Nadi Riyadi.Ianya disebabkan oleh  penukaran peraturan penggunaan padang di Iskan Tullab oleh pihak pengurusan yang menyatakan mahasiswa negara asing tidak boleh menggunakan padang terbabit yang kali terakhir digunakan oleh BKKS PMRAM pada Piala Malaysia 2008.