Friday, October 8, 2010

FUTSAL RIADAH AIDILFITRI 10 SATUKAN MAHASISWA ZAGAZIG



ZAGAZIG, 29 September 2010 - Puluhan mahasiswa baru dan lama berkumpul di Stadium Universiti Zagazig bagi menjayakan program Riadah Aidilfitri 2010 Liga Futsal. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula selepas asar 28 September.

BOLA KERANJANG RIADAH AIDILFITRI 10 SEMAI SEMANGAT MAHABBAH ANTARA MAHASISWI



ZAGAZIG, 25 September 2010 - Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan DPMZ telah menganjurkan sebuah program iaitu Riadhah Aidilfitri 2010 - Liga Bola Keranjang, berlangsung di Stadium Syarqiyyah Zagazig.
                 Bertemakan ‘Sedetik di Aidilfitri, Menggamit Ukhuwwah di Hatiprogram ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah Islamiyah sesama ahli. Program yang diadakan telah disertai oleh 84 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswi baru dan lama.

Friday, July 30, 2010

Kontijen Zagazig KEKAL 10


Berikut adalah nama peserta yang akan menyertai Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM (KEKAL 10) :

Thursday, July 1, 2010

Tentatif Temasya Sukan Zagazig 2010

TENTATIF TEMASYA SUKAN ZAGAZIG 2010

HARI PERAMA (4 JULAI 2010)
5.00 Petang : Kehadiran Peserta
Taklimat Acara
Pertandingan Sepak Takraw (Gelanggang Takraw Mansyiah Salam)
7.30 petang : Pertandingan Berakhir
8.30 malam : Pertandingan Ping Pong (Dewan Darul Wehdah)
11.30 malam : Bersurai

Nama Peserta Bagi Temasya Sukan Zagazig 2010


 Perhatian kepada seluruh mahasiswa DPMZ, berikut merupakan senarai nama bagi Temasya Sukan Zagazig yang bakal berlangsung mulai 4 - 6 Julai 2010.Jika nama anda tiada di dalam senarai berikut sila merujuk kepada Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan DPMZ Us Muhd Zainullah Mohd Pauziy (019-3129590) 
NAMA-NAMA PESERTA MENGIKUT RUMAH SUKAN

Thursday, June 24, 2010

Temasya Sukan Zagazig 2010


InsyaAllah pada awal bulan Julai ini UKKS DPMZ akan mengadakan Temasya Sukan Zagazig 2010 bermula pada 4 sehingga 6 Julai 2010. Antara acara yang akan dipertandingkan ialah bola sepak padang, ping pong, sepak takraw, bola tampar dan merentas desa. Iklan selengkapnya akan dimaklumkan selepas ini InsyaAllah. Sebarang pertanyaan boleh merujuk terus kepada Ketua UKKS DPMZ Ust Zainullah. " Abadikan Secebis Kenangan, Terpatri Sebuah Ikatan"

Monday, March 1, 2010

Futsal Piala Presiden 2010 : Aksi bermula.....

 Kejohanan bermula..... penyokong tagih aksi mantap dari Skuad Zagazig

Piala Presiden PMRAM 2010 telah bertukar format pertandingan daripada acara bola sepak di padang kepada acara futsal di dalam sebuah dewan sukan di Hayyu Sadis iaitu Nadi Riyadi.Ianya disebabkan oleh  penukaran peraturan penggunaan padang di Iskan Tullab oleh pihak pengurusan yang menyatakan mahasiswa negara asing tidak boleh menggunakan padang terbabit yang kali terakhir digunakan oleh BKKS PMRAM pada Piala Malaysia 2008.

Wednesday, February 24, 2010

Skuad Kuda Putih Berhajat Teruskan Kegemilangan.....

 
Piala Presiden 2010..... debaran kian terasa

          Skuad Zagazig akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden PMRAM 2010.Skuad Zagazig yang dibentuk pada masa kini merupakan transformasi era baru bagi arena bola sepak mahasiswa Zagazig.Prestasi Skuad Zagazig beberapa tahun kebelakangan ini adalah yang terbaik sepanjang 17 tahun kewujudan DPMZ

Sunday, February 7, 2010

Senarai Ahli Bagi EXPLORACE & SUKEZ 2010