Kejohanan bermula..... penyokong tagih aksi mantap dari Skuad Zagazig
Piala Presiden PMRAM 2010 telah bertukar format pertandingan daripada acara bola sepak di padang kepada acara futsal di dalam sebuah dewan sukan di Hayyu Sadis iaitu Nadi Riyadi.Ianya disebabkan oleh penukaran peraturan penggunaan padang di Iskan Tullab oleh pihak pengurusan yang menyatakan mahasiswa negara asing tidak boleh menggunakan padang terbabit yang kali terakhir digunakan oleh BKKS PMRAM pada Piala Malaysia 2008.
Pihak penganjur pula terpaksa berhempas-pulas mencari gelanggang di seluru Kaherah dari Padang Abbasiah sehingga ke Stadium Kaherah namun usaha gagal dilakukan.Akhirnya, pihak penganjur terpaksa menggantikannya dengan kejohanan futsal.Natijahnya, seluruh pasukan yang menyertai diberi peluang menghantar 2 pasukan serta menukar strategi permainan daripada formasi padang ke formasi gelanggang.Skuad Zagazig
Pada perjumpaan yang diadakan pada 28 Februari 2010 bersama-sama Pengerusi DPMZ, pengurus pasukan dan para pemain DPMZ akan menghantar 2 skuad ke Piala Presiden 2010.Walaupun para pemain kelihatan agak sedikit kecewa dan sedih kerana tidak dapat bermain di padang akan tetapi mereka tetap berhasrat untuk menjayakan kejohanan ini.Syabas diucapkan kepada para pemain di atas semangat yang ditunjukkan oleh mereka.Terima kasih juga diucapkan kepada mereka kerana ianya merupakan satu sokongan moral kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).Pengerusi DPMZ berharap para pemain meneguhkan ukhuwwah sesama Muslim serta dapat membawa pulang pingat tanpa mengira warna seperti yang berjaya dilakukan pada aksi Piala Malaysia 2009 di mana Skuad Zagazig memenangi gangsa.
Liga Futsal Zagazig
Kejohanan Futsal Piala Presiden 2010 kali ini bakal menguji ketangkasan pemain Skuad Zagazig.Sebahangian besar pemain bermain di dalam Liga Futsal Perubatan Zagazig.Ianya pasti memberikan nilai tambah dan pengalaman berguna buat anak buah Maarof Yusof dan Lokman Sulaiman selaku pengurus bagi kedua-dua skuad.Pengalaman bermain di dalam Liga Futsal Perubatan Zagazig semestinya menjadi satu pengajaran berguna bagi para pemain dari segi kerjasama dan kemahiran individu.
Senarai Pemain
Skuad Zagazig A
1)Nordin Rusni (PG)
2)Fahmi Odeni (Ketua) (ABC 123 FC)
3)Solihuddin Sulong (AFC Lipton U21)
4)Shaher Hakim (Professionalisme FC)
5)Afandi Sulaiman (ABC 123 FC)
6)Nadhar Jaafar (Malazie FC)
7)Ammir Izzat (Green House FC)
8)Abrar Najihah (Green House FC)
9)Zaid Nailul Morad (Pes FC)
Pengurus : Maarof Yusof
Skuad Zagazig B
1)Abdussalam (PG) (Pes Fc)
2)Ahmad Basheer Husni (Pes FC)
3)Fizree Abu Bakar (Abang Kassim FC)
4)Amirul Adli (Abang Kassim FC)
5)Nik Ahmad Zakir (AFC Lipton U-21)
6)Ermyzal Nazirul Musa (Malazie FC)
7)Zainullah Pauziy (Ketua) (Syabab FC)
8)Syahmi (Pes FC)
9)Ainol Abd Hamid (Tim Mamak FC)
Pengurus : Lokman Sulaiman
Undian
Kumpulan A
Kedah A
Terengganu B
Pahang B
Kelantan A
Melaka B
Kumpulan B
Negeri Sembilan B
Wilayah Persekutuan A
Negeri Sembilan A
Kelantan B
Kumpulan C
Wilayah Persekutuan B
Shoubra A
Singapura B
Selangor A
Johor B
Kumpulan D
Kemboja
Johor A
Pulau Pinang
Sabah
Dumyat A
Kumpulan E
Maahad Buuth B
Pergigian Azhar
Terengganu A
Shibin El-Kom
Kumpulan F
Shoubra B
Melaka A
UMI A
Singapura A
Selangor B
Kumpulan G
UMI B
Pahang A
Dumyat B
Pergigian Azhar B
Tanta
Kumpulan H
Mansurah
Maahad Buuth A
Zagazig B
Zagazig A
Kedah B
Zagazig vs Zagazig
Malang tidak berbau bagi Skuad Zagazig apabila terpaksa menentang skuad sendiri.Apapun, ucapan selamat maju jaya kepada kedua belah skuad.Hanya 2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan kedua.
Wisel pemula
Kejohanan Futsal Piala Presiden akan membuka tirainya pada 7 pagi, 2Mac 2010 dengan majlis perasmian yang bakal disempurnakan oleh Presiden PMRAM, Us Abd Muizz Mohammad.Nantikan aksi lincah pemain Skuad Kuda Putih di Nadi Riyadi.....
Pembakar semangat..... Pengerusi DPMZ (kiri) bersama-sama Pengurus Pasukan dan Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan DPMZ memperkatakan sesuatu kepada para pemain
Inilah barisan kita..... selamat berjuang kepada semua pemain
No comments:
Post a Comment